Sunday, 19 June 2011

Kepentingan Membaca

Tidak ada sesiapa menafikan peri pentingnya aktiviti membaca di dalam kehidupan. Membaca menjadi akar tunjang kekuatan seseorang individu, malah sesuatu bangsa dan sesebuah negara. Dikatakan bahawa betapa kuat pun sistem ketenteraan atau sistem ekonomi sesebuah negara, pasti akan tumbang jua akhirnya jika tidak didasari oleh ketinggian ilmu pengetahuan. Di peringkat awal, sudah tentu ilmu pengetahuan diperoleh melalui proses pembacaan.
Menyedari akan hal ini, pada tahun 1989, Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengambil daya usaha untuk memperkenalkan Program NILAM melalui Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 13/1998: Program Membina Tabiat Membaca. Arahan tersebut menghendaki setiap sekolah melaksanakan Program Galakan Membaca NILAM (Nadi Ilmu Amalan Membaca) secara terancang dan teratur.
Di peringkat sekolah, telah terbukti bahawa amalan dan tabiat membaca di kalangan pelajar telah melahirkan individu yang menyerlah dalam pelbagai aspek. Kecemerlangan mereka tidak khusus kepada bidang akademik sahaja, malah memberi kesan langsung terhadap keterampilan, peribadi mulia, sahsiah dan tingkah laku. Pada ketika sama, sekolah yang memberi keutamaan terhadap aspek pembacaan di kalangan pelajarnya turut meraih kecemerlangan.
Tidak hairanlah pihak Kementerian Dalam Negeri juga turut mengambil pendekatan yang sama apabila mewajibkan semua kakitangan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dan pelatih Pusat Serenti mengikuti Kempen Galakan Membaca melalui Pekeliling Pentadbiran AADK/KP/2/2008: Pekeliling Kempen Galakan Membaca Agensi Antidadah Kebangsaan. Apa yang diharapkan, melalui program membaca pegawai AADK akan lebih berwibawa di dalam menjalankan tugas mereka serta memberikan maklumat dan keyakinan kepada pelatih Pusat Serenti apabila kembali berhadapan dengan masyarakat.
Terbaharu, pihak Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengeluarkan arahan kaedah latihan secara pembacaan menggantikan hari berkursus. Surat ini menghendaki setiap penjawat awam mempertingkatkan kemahiran mereka melalui pembacaan buku. Setiap pegawai dan kakitangan dikehendaki membaca, merekod dan mempersembahkan dapatan mereka. Pemilihan buku perlu ada hubung-kaitnya dengan bidang tugas sedia ada. Program membaca buku ini bertujuan memenuhi dasar latihan sekurang-kurangnya 7 hari kursus dalam setahun bagi setiap kakitangan keraja