Thursday 30 June 2011

PSS PENJANA ILMU PENDIDIKAN KONTEMPERORI

PSS merupakan penjana ilmu pendidikan kontemperori . PSS SMK TINGGI MELAKA telah menyediakan pelbagai kemudahan demi meningkatkan dan memantapkan prestasi akedemik pelajar SMK TINGGI MELAKA . Antara kemudahan yang disediakan ialah BILIK PENGURUSAN DAN OPERASI . Fungsi bilik tersebut ialah tempat guru dan pembantu PSS melakukan kerja yang berkaitan dengan PSS seperti memasukkan data buku baru,pelupusan buku,penjilidan buku,cop buku dan dll.Selain itu , buku rujukan PMR,SPM,STPM boleh di pinjam oleh pelajar dengan menggunakan KAD KEAHLIAN PSS lalu direkod dalam software yang di kenali database . PROGRAM DATABASE dicipta oleh alumni SMK TINGGI MELAKA . Program amat berguna kerana ia boleh menyimpan segala maklumat pemulangan dan peminjaman buku. Program ini ditempatkan di KAUNTER SIRKULASI. RUANG MEMBACA di PSS amat selesa kerana ia dilengkapi dengan penghawa dingin malah boleh memuatkan seramai 60 orang pelajar. SELAIN ITU, PSS sudah membuat satu sudut yang memboleh pelajar boleh belajar bersendirian.Sudut ini dapat memberi impak yang besar kerana pelajar boleh menumpukan perhatian sepenuhnya tanpa sebarang gangguan . SUDUT BACAAN adalah sudut yang membolehkan para pelajar membaca dan mengetahui sejarah sekolah dari 1826 hingga kini.SUDUT ini dapat menanam semangat cinta terhadap sekolah dalam kalangan pelajar . PIHAK PSS juga menyediakan SUDUT PAMERAN . SUDUT PAMERAN merupakan satu sudut yang memberi infi tentang PSS dan NILAM(NADI ILMU AMALAN MEMBACA) . PSS mempromosi buku baru yang terima dan dibeli di sudut SUDUT PROMOSI BUKU BARU.BUKU di sudut ini tidak boleh di pinjam oleh pelajar.Bahan bacaan seperti majalah dan surat khabar diletakkan di SUDUT KOLEKSI BAHAN BACAAN . SUDUT INFORMASI PSS memberi maklumat kepada pelajar dan guru tentang INFO MPSS , INFO AM PSS , JADUAL BILIK TAYANG DAN NILAM . PSS juga menyediakan perkhidmatan komputer.SUDUT ini dinamakan sebagai DIGITAL LIBRARY CORNER ( DLC) . PERKHIDMATAN ini boleh digunakan oleh pelajar semasa tamat sesi persekolahan . BILIK TAYANG merupakan salah satu tempat yang boleh ditempah dan digunakan oleh mana mana pihak. BILIK PROFESSIONAL amat kerap digunakan seperti mesyuarat atau motivasi kepada pelajar.Terdapat satu bilik yang dikenali sebagai BILIK BANTU MENGAJAR(BBM).Fungsi bilik ini ialah memberi bantuan kepada guru dengan meminjamkan buku latihan dan alat mengajar.SMART SELF ACCESS LEARNING ROOM adalah satu bilik yang mana pelajar boleh belajar secara berkumpulan.SECARA TIDAK SEDAR kegunaan bilik ini dapat memupukkan semangat kerjasama dan setiakawan dalam kalangan pelajar.